Khamis, 29 November 2012
KATA HUBUNG
1. dan = menghubungkan dua kata atau dua ayat
contohnya: Saya dan Ali berkawan baik.
2. lalu = kemudian daripada itu, sesudah itu, segera
contohnya: Aminah berasa haus lalu minum air.
3. sambil = sedang, dengan, di samping, sementara
contohnya: Ah Beng menyanyi sambil menari.
4. kerana = lantaran, sebab
contohnya: Adik menangis kerana terjatuh di atas lantai.
Latihan
( lalu kerana sambil dan )
1. Kakak mendengar radio _________ menyapu lantai.
2. Ali tidak hadir ke sekolah _________ dia sakit perut.
3. Saya suka makan roti _________ kuih.
4. Siti berasa lapar _________ makan sekeping roti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan