Khamis, 29 November 2012

TULISAN BERANGKAI






Aktiviti pengajaran

1.Bimbing murid menyanyi lagu abc .

2. Bimbing murid mengenal dan menulis adjad a-z ( huruf kecil dan huruf besar ) dalam bentuk tulisan
    berangkai.

LATIHAN

1. Menulis perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul.

   a. Suami = __________

   b. Kuih = __________

   c. Bapa = __________

   d. Ibu =  ___________

   e. Roti = __________

KATA HUBUNG


1. dan = menghubungkan dua kata atau dua ayat

    contohnya: Saya dan Ali berkawan baik.

2. lalu = kemudian daripada itu, sesudah itu, segera
                         
    contohnya: Aminah berasa haus lalu minum air. 
                                                                                                                                                                                                
3. sambil = sedang, dengan, di samping, sementara
   
    contohnya: Ah Beng menyanyi sambil menari.

4. kerana = lantaran, sebab

   contohnya: Adik menangis kerana terjatuh di atas lantai.

Latihan

( lalu     kerana     sambil     dan )

1.  Kakak mendengar radio _________ menyapu lantai.

2. Ali tidak hadir ke sekolah _________ dia sakit perut.

3. Saya suka makan roti _________ kuih.

4. Siti berasa lapar _________ makan sekeping roti.


Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisional Kaum Cina
Samfu

Pakaian Tradisional Kaum Cina
Ceongsam

Pakaian Tradisional Kaum Melayu
Baju Melayu

Pakaian Tradisional Kaum Melayu
Baju Kebaya


Pakaian Tradisional Kaum India
Doti


Pakaian Tradisional Kaum India
Sari

Aktiviti Pengajaran

1. Bimbing murid mengenali pakaian tradisional.

2.Bimbing murid mengeja dan membaca suku kata

3.Latihan

Latihan

1. Melukis gambar pakaian tradisional kesukaan. Kemudian, warnakan .

KATA ADJEKTIF


Aktiviti pengajaran

1.Penjelasan maksud kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu.

  a.  cantik = bagus, elok, indah, molek.

   b. halus = kecil, lumat. 

   c. lembut = lembik, lunak.

   d. segak = bergaya, kacak.

   e. wangi = harum.

2. Bimbing murid membaca lirik lagu.

3. Bimbing murid beryanyi lagu mengikut melodi "GONG XI GONG XI" sambil melakukan aksi secara 
   didik hibur.

4. Latihan pengukuhan.


LATIHAN

1. Senaraikan lima kata adjektif pancaindera yang lain.

   a.____________________

   b.____________________

   c.____________________

   d.____________________

   e.____________________

Jumaat, 2 November 2012

KATA KERJA TUNGGAL

BERSIH DAN WANGI

Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Tandas kita bersihnya amboi
Cuci tandas janganlah lalai

Mop lantai setiap hari
Jirus lantai berhati-hati
Lap cermin setiap hari
Kita masuk senang hati

Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Tarik pam pentingnya amboi
Agar selesalah orang ramai

1. Kata kerja bermaksud sesuatu yang dilakukan atau perbuatan.

2. 6 perkataan daripada lirik lagu seperti cuci,mop,jirus,lap,masuk dan tarik merupakan kata kerja tunggal.